Wednesday, September 08, 2010

Sejak bila saya bukan orang Malaysia?

I have come across many sites in which racism flourish and is encouraged. One such site is ohtidak.com where the articles and comments have racism running riot and is in fact encouraged.

I think this post has to be written in (my passable) BM to answer to all these racism.

Ingatkah anda apabila pengetua sekolah di Kedah dan Johor Bahru menyuruh budak sekolah berbangsa Cina untuk balik ke Cina ? Dan juga menyatakan bahawa Malaysia ini kepunyaan bangsa Melayu dan orang Cina dan India hanya merupakan PENDATANG- seperti sekiranya Muthu dan Chong menaiki kereta Proton kepunyaan Ahmad, ianya tidak bermaksud Chong dan Muthu memiliki atau berhak memiliki kereta tersebut?

Ingat?

Saya tidak hairan ataupun terkejut sekiranya anda tidak ingat langsung kepada perkara ini. Memang tidak hairan kerajaan Malaysia memandang remeh kepada perkara ini. Tiada tindakan yang diambil terhadap pengetua tersebut. Yang pasti adalah sekiranya didapati mereka telah dibuktikan bersifat perkauman, mereka akan ditukar ke sekolah lain (dan dibenarkan sifat perkauman tersebut untuk terus berterusan).

Sekiranya anda berbangsa Cina ataupun berbangsa bukan Melayu, tidak hairan sama sekali apabila anda mengeluarkan video youtube yang mengejek ataupun menghina perbuatan pengetua-pengetua tersebut, akan melihat polis menyiasat anda dibawah Sedition Act.

Apakah lojik sebenarnya? Lojik ianya ialah konsep 1Malaysia Perdana Menteri adalah konsep yang memang tidak akan berjaya. Konsep yang sebenarnya hanya untuk menipu rakyat Malaysia untuk mendapatkan undian semasa pilihan raya umum. Konsep apakah yang membenarkan rakyat Malaysia menghasut sesama sendiri? Konsep 1Malaysia apakah yang membenarkan penghinaan kaum minoriti dan mencaci penghinaan kaum majoriti?

Bangsa-bangsa lain di Malaysia tidak lupa lagi kepada penduduk Shah Alam yang memijak kepala kerbau apabila cadangan untuk membina kuil Hindu di Shah Alam telah dibentangkan. Dan juga gereja-gereja yang dibakarkan semasa isu penggunaan perkataan "Allah" hangat dibincangkan. Bangsa lain juga tidak lupa ahli politik yang memijak muka menteri menteri Cina dan melakukan perbuatan kencing ke atas poster yang memaparkan muka menteri Cina. Kita juga peka kepada sokongan kerajaan Malaysia kepada PERKASA yang selang hari akan menghina kaum-kaum bukan Melayu.

Adakah bangsa-bangsa lain, yang juga warganegara Malaysia, tidak berhak untuk bersuara? Adakah Malaysia ini dibina atas usaha orang Melayu saja? Tiada sumbangan langsung dari bangsa bangsa lain?

Bangsa-bangsa lain di Malaysia bukanya tidak menghargai usaha usaha orang Melayu. Ataupun tidak menghormati pengorbanan orang Melayu. Tetapi ianya adalah sedih dan menjijikan bahawa Malaysia, setelah mencapai kemerdekaan untuk 53 tahun, masih menganggap bangsa-bangsa lain sebagai Pendatang. Bagaimanakah Malaysia mencapai kemerdekaan tersebut? Adakah ianya hanya usaha kaum Melayu? Dimana kaum-kaum lain hanya datang menetap di Malaysia selepas ianya mencapai kemerdekaan? Sudah pasti tidak. Kami sehati dan sejiwa telah menentang penjajah dan komunis.

Tetapi adakah usaha-usaha kaum lain dihargai? Sedihnya, tidak. Sedihnya, orang Melayu memang mudah lupa. Lupa bahawa sekiranya anda ingin dihormati, anda mesti menghormati dulu. Sekiranya anda ingin kaum lain untuk menghormati Islam dan budaya kaum Melayu, anda perlu menghormati budaya dan agama lain juga.

Contohnya: Sekiranya Teo Nie Ching tidak memahami bahawa anda perlu berpakaian kemas dan bertudung untuk masuk ke kawasan sesebuah Masjid, dia memang patut dikritik untuk kelakuannya yang tidak menghormati agama Islam. Beliau memang tidak boleh mempertahankan kelakuannya. Sememangnya ahli politik DAP tidak boleh mempertahankan Nie Ching disebabkan perbuatan beliau memang tidak boleh diterima, apa yang beliau boleh melakukan, hanya untuk meminta maaf dan tidak mengulangi kesalahan tersebut.

Tapi sekiranya dua wartawan Melayu masuk ke gereja dan menyertai upacara agama yang sedang berlangsung, dan mengejek dan juga menghina upacara itu di dalam suratkhabar, ianya adalah tidak boleh diterima. Adakah mereka patut dikenakan untuk perbuatan mereka yang langsung tidak menghormati agama lain? Ya. Adakah kedua wartawan tersebut dikritik kaum Melayu? Tidak.

Itulah kes double standard yang wujud di Malaysia.

Kaum-kaum lain sudah letih berjuang dalam satu peperangan yang tidak mendatangkan manfaat kepada sesiapa. Letih untuk berjuang untuk diterima sebagai warganegara Malaysia walaupun lahir dan dibesarkan di sini. Letih kerana acapkali diberitahu bahawa kami pendatang.

Sudah pasti satu hari warga Malaysia hanya akan terdiri dari kaum Melayu yang bersifat perkauman, yang mementingkan diri dan berego besar. Kaum-kaum lain akan "balik ke negara asal" ataupun pergi ke negara lain yang bukan tanahair mereka, untuk bekerja dan menyumbang kepada kemajuan negara tersebut.

"Apalah gunanya kematangan fikiran? Bila di jiwa kita masih lagi muda dan mentah.
..."
-Hijau, Zainal Abidin.

No comments: